Meniti hari-hari terakhir seorang student

Pada hari semalam bersamaan hari ahad 21 Februari 2010 secara tidak rasmi aku telah menamatkan zaman sebagai seorang student.Hari semalam memang memenatkan.Yela orang semua cuti hari ahad aku kena pegi lab hari ahad untuk tolong senior aku buat eksperimen enjin.Abis je eksperimen tadi senior aku cakap camni "ichinenkang otsukaresama" maksudnye emm....susah la pulak nak translate dalam melayu.. kira macam terima kasih kerana memberi kerjasama dalam setahun kot(Japanese sebenarnye susah nak ditranslate ke malay.haha alasan)..

meh aku nak story skit pasal lab yang aku buat untuk final year project.Nama lab aku dalam Japanese adalah "Netsukikan Kougaku Kenkyuu shitsu" atau dalam english nye Internal Combustion Engine Laboratory.


*Ni logo lab aku yang ade kat jumper yang wajib dibeli oleh semua orang*

Lab aku ni sebenarnye bukan buat research pasal enjin sangat tapi dia wat research pasal Biofuel untuk kegunaan enjin diesel.Yela sekarang orang jepun dok sibuk pasal "chikyuu ondanka" or global warming dan jugak oil reserves yang semakin sikit so diorang wat la research untuk alternative kepada petroleum ni.

Aku pilih tajuk yang ade kaitan ngan palm oil.Palm oil ni memang da lama orang buat sebagai biodiesel.Lagi pun boleh aku bangga ngan member lab aku MALAYSIA pengeksport utama palm oil dunia.Biodiesel berasaskan palm oil ni yang paling popular PME atau Palm Oil Metyl Ester.Tapi kelemahan PME ni dia cepat beku.Untuk kegunaan kat negara iklim tropika macam Malaysia memang takde masalah.Tapi negara yang ada winter macam Jepun ni memang menjadi masalah besa.So untuk menyesuai keadaan sejuk kat sini, biodiesel nye takat beku kenelah bawah -15degree minimum.Macam-macam la kene tambah sebagai contoh campur dengan diesel ke, alcohol ke, depressent ke...


*antara mesin usang kat lab aku*

ok la.aku rase korang pon da menyampah nak bace kan..baik aku berenti sebelum korang klik pangkah kat atas tu..haha dipendekkan cite aku da selamat buat presentation pada 18 Februari 2010 yang lepas.Pada hari tu jugak aku hantar thesis aku kat cikgu.Sekarang ni kira tunggu kalau ade pembetulan dari segi tatabahasa ke ape ke..yela tulis thesis dalam japanese tu.dekat 10 kali anta kat senior suruh cek tak penah takde pembetulan..da ade la masa skit untuk kehidupan.pasni sementara nak menghabiskan sisa-sisa hidup kat jepun ni leh la nak story macam-macam pasal jepun ni.vending machine ke, japanese food ke.Ok la da banyak sangat aku mengarut ni.


*budak-budak lab.yang dalam kotak tu aku la(promote diri.hakhak)*

p/s: lagi 5 hari sabtu je kat jepun ni..sedih le plak.haha

Release Jap

Banyak btol la menda yang nak diselesaikan dalam 2 minggu ni..hehe ok la jom release jap.tengah pikir-pikir pasal nak carik kerja bila balik mesia nanti aku layan le YOUTUBE jap..tetiba jumpa lagu jepun ni.



bila dengar ngan tengok PV dia ade la rase semangat and bekobar-kobar skit nak carik keje.hehe xpe isyaAllah ade rezeki nanti di Malaysia.Lagi kurang 15 hari lagi untuk unmeinohi(運命の日).kalau dalam malay orang cakap macam hari penentu la..bersediakah aku?gambare aku..wish me luck..hehe

Lagi kes bunuh bapak

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda berusia 20 tahun terkedu melihat badannya berlumuran darah setelah menikam ayahnya sehingga mati manakala abangnya cedera parah akibat perbuatannya yang didakwa dilakukan tanpa disedari.

Lelaki itu bertindak demikian selepas mendakwa terdengar bisikan suara seorang gadis bernama Siti Aishah yang menyuruhnya menikam ayahnya, Che Mat Nik, 51, dan abang sulungnya, Irwan Affandi, 30.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Duyung Wan Su, Duyong Besar dekat sini, suspek hanya menyedari jenayah yang dilakukannya selepas dia mendengar suara ibunya, Zainun Hassan, 50.

Mengikut Zainun, sebelum kejadian, suspek tidur bersama adiknya Mohd. Zulkifli, 13, di tingkat bawah manakala dia dan suami serta Irwan tidur di dua bilik di tingkat atas.

sumber-Kosmo

Sekarang ni makin menjadi-jadi plak kes-kes camni.bagi aku walaupon diorang cakap ada bisikan ke separuh sedar ke sebab utama benda-benda camni terjadi mungkin dibawah pengaruh dadah.yela kalu da bibawah pengaruh dadah tu memang separuh sedar dan macam-macam bisikan pon boleh dengar..hurm~apapun jangan hampiri dadah~belia benci dadah!haha






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website