Pengalaman Bersama Gunung Berapi

*Gunung Sakurajima*

Hari ni aku nak cerghite skit pasal pengalaman aku mase study kat Jepun (tak niat nak up diri pon tau..hehe) dulu. U aku terletak di 'Ken' (prefecture) yang ade gunung berapi iaitu Kagoshima-ken. Guning berapi tu nama die Mt. Sakurajima. Gunung berapi ni adalah salah satu gunung berapi kat Kagoshima ni dan jugak merupakan antara yang teraktif kat Jepun mahupun di dunia ni. Sakurajima ini kalau nak ikutkan nama die adalah gabungan sakura (bunga) + shima (pulau) = sakurajima (pulau sakura) setelah mengalami evolusi sebutan sejak berkurun lamanya (ni bukan fakta tapi aku main agak je...kikiki).

*Mula meletup*

Masa mula-mula sampai dulu memang kaget, takut, cuak dan seangkatan dengannye bila pertama kali tengok sakurajima ni meletop dan memuntahkan debu-debu yang berterbangan di udara. Macam nak kiamat je aku rase time tu sebab tetiba je langit jadi mendung dan debu turun macam salji. Agaknye kalau time tu nyanyi lagi suci dalam debu mesti feeling abis....haha.

*Antara kejadian depan mata*

Lepas 4 tahun aku duduk kat sini, da lali sangat da dengan abu dan debu gunung berapi ni. Setakat jemur baju putih jadi kelabu dan naik basikal sambil mengalirkan air mata akibat masuk abu memang da biasa. Paling kurang seminggu sekali mesti mau rasa. Rasa tak tenteram seminggu tanpa abu gunung berapi ni.

Dekat pulau yang aku penah duduk ini iaitu Kyushu (Pulau kedua terselatan selepas Okinawa) ada banyak lagi gunung berapi. Ada yang boleh naik sampai kawah tapi yang tu takdela lavanye. Just ade kolam air kaler ijau je. Em ok la enjoy la gambor-gambor yang sempat digodek dari simpanan ni walaupun tah hape-hape...hehe

*Kolam dalam kawah*


p/s- Tengah teringat zaman dulu kala.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website