Entry Bisu : Zaman Kecik-Kecik

*Kredit to koyum mezoh*

p/s : Agak-agak mane aku?

Tips Untuk Raider Roda Dua

*gambar hiasan*

Aku yakin banyak di antara kita yang memilih motosikal sebagai kenderaan utama untuk kegunaan seharian tak kiralah golongan motor kapcai mahupun motor berkuasa tinggi tak terkecuali aku yang memilih motor kapcai sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja. Namun, disebabkan golongan raider ni merupakan yang paling kerdil di jalan raya, kita seperti tidak dihiraukan ketika di jalanraya. Aku mempunyai pengalaman ngeri bagaimana di himpit oleh kenderaan beroda 4 ketika di jalan raya. Mereka menukar laluan sesuka hati tanpa memberi isyarat yang sepatutnya. Susah sangat ke nak bagi signal? Agaknya nak jimatkan bateri untuk support earth hour agaknye.

Jadi disebabkan kita di pandang kecik oleh para pemandu si roda 4 ni sebaiknya kita perlu peka ketika me'raider' motorsikal ni. Bagi aku raider moto ni banyak persamaan dengan pilot kapal terbang. Kenapa aku cakap raider moto ni same ngan bawak kapal terbang? Benda yang aku rasa sama ialah tak boleh teragak-agak dalam buat keputusan serta kene peka dengan keadaan sekeliling.

Cakap pasal teragak-agak dalam buat keputusan ni apa yang akan agaknya berlaku kalau seorang pilot teragak-agak dalam buat keputusan dalam masa genting? Jawapannya tak syak lagi iaitu aircrash la kan. Sama jugak ngan meraider moto. Korang mesti selalu tengok moto mencelah semasa traffic jam kan? Mengikut aku punya pengamatan dan jugak pengalaman kalau seseorang raider itu yakin dan buat keputusan yang betul bila nak celah dan bila nak slow and steady ketika jem 90% kemalangan dapat dielakkan. Kejadian dihimpit oleh kenderaan beroda 4 atau melanggar cermin sisi mereka ni hanya berlaku bila sesorang teragak-agak serta timing yang kurang tepat ketika mencilok. Oleh itu jika sesiapa yang rasa agak teragak-agak ketika mencilok lebih baik jangan cuba dan memotong ketika btol-btol yakin sahaja ye.

Peka dengan keadaan sekeliling ni aku rasa benda yang agak common kalau bawak apa-apa kenderaan. Kalau raider ni cermin sisi aku rase menda yang paling penting. Bagi aku kecelakaan tu bukan hanya datang dari depan je tapi dari segenap arah. So cermin sisi ni memang selalu kene tengok. Kalau ternampak kenderaan lain dari belakang yang lain macam je boleh la bersedia nak elak ke nak lompat dari moto ke. Deria pendengaran yang tajam pun amat penting kalau terdengar bunyi yang mencurigakan seperti hon atau deruman enjin. So elakkan mendengar muzik ketika raider motor ni ye. Begitu jugak kalau ade lori or kereta yang emergency park kat bahu jalan. Kalau berangan je raider selalu melekat kat belakang kenderaan roda 4 ni. Memang ngeri dan tak dapat bayangkan kesakitannya. Paling aku pantang kalau ade kereta yang reverse kat lebuhraya kalau terlepas simpang. Aku penah jugak hampir-hampir menyapu kenderaan orang yang tak ada otak ni. So peka dengan keadaan sekeliling ni sebab berpunca daripada kebodohan orang lain boleh jadi penyebab utama.

Sebenarnye banyak lagi tips-tips untuk raider ni tapi bagi aku 2 elemen ni la yang paling penting. Sedih jugak bila aku raider pergi kerja terserempak dengan sekujur tubuh di atas jalan akibat kecelakaan jalanraya ni. Aku akui jugak ade segolongan yang raider secara melulu ni namun bak kate pepatah dalam setandan pisang pasti ada yang busuk (macam k.s.w la plak). Pape hal pon kepada raider-raider sekalian berhati-hati di jalan raya. Juga kepada pemandu beroda 4, buka-buka la skit ye mata anda. Kesian kami yang kerdil di jalan raya ni. Sama-sama
berhemah, sama-sama selamat.

P/S : Ada orang politik cakap pemandu perempuan antara penyumbang
utama eksiden. Bukan aku cakap, dia yang cakap. Jangan maraaa..hehe

Jalan-Jalan Carik Makan : Me'nate Steak House

Weekend ari tu aku dan si dia pegi jalan-jalan cari makan kat area Ampang. Tempat yang di tuju adalah me'nate steak house. Aku jumpe info pasal restoran ni kat RM.com. Pastu trus aku google pasal restoran ni. Bila tengok konsep restoran ni aku cukup tertarik sebab konsep dia macam steak house yang aku jumpa kat Japan dulu (yang membuatkan aku terliur tapi tak boleh masuk sebab haram). Paling aku impress sebab kedai ni ade jual wagyu halal (lembu jepun yang terkenal dengan cara bela yang cukup unik).

*Kredit to belang-belang*

Range harga steak kat kedai ni berbeza mengikut jenis daging mengikut gred tertentu dan harga mengikut berat steak tu(sekeping dalam 200-300g). Pada aku boleh diketegorikan kepada 3 peringkat iaitu mewah, sederhana dan biasa.

Untuk peringkat mewah terdiri daripada daging wagyu dan angus. Range harga boleh cecah 3 angka jugak la. Mengikut tuan kedai ni, lembu wagyu dan angus ni dibela dengan teliti sekali seperti dibelai dan dibersihkan setiap hari serta didengarkan muzik bagi menghilangkan stress lembu tersebut. Oleh itu lemak dalam daging itu menjadi seperti marble dan harganya boleh mencecah 3 angka gak la. Mujurla ada potongan 50 percent untuk daging gred ni. Aku tak mampu nak makan steak gred ni sebab agak mahal untuk seorang buruh kasar kilang cam aku ni. Tunggu la aku jadi manager ke baru la boleh makan setahun sekali.

Peringkat sederhana ialah daging lembu yang diberi makan bijirin. Untuk daging gred ni agak biasa la dan lebih lembut jika dibandingkan dengan lembu yang makan rumput (orang kedai cakap kat aku la). Range harge dia lebih kurang steak house yang lainn seperti victoria station. Yang biasa ialah daging lembu yang makan rumput macam lembu yang biasa kat pasar tu agaknye ye. Daging gred ni lebih merah dan kurang lemak marble. Antara menu yang mampu milik kat restoran ni selain lamb.

*credit to lovelyfreesia*

Aku pilih yang sederhana sebab nak try rase ape yang bestnye lembu yang makan bijirin ni. Aku pilih medium rare sebab boleh menikmati daging lebih lagi. Tuan kedai cakap well done ni cara yang paling tak sihat untuk makan daging ni katanya. Aku yang da biasa makan menda yang mentah ni boleh je masuk. Kalau sesiapa yang tak biasa tu boleh nak muntah jugak kot kalau makan medium rare ni. Si dia pilih makan sandwich roast beef je sebab kurang gemar makan steak. Untuk minuman, jus dan minuman panas disediakan secara percuma tetapi kene habiskan, jika tak habis atau membazir akan dikenakan bayaran yang berpatutan.

*Tebalnyeee*

Servis restoran ni aku boleh bagi A sebab amik order cepat dan amat peka dengan kehendak pelanggan. Untuk menu pulak memang cara masak steak tu agak pro dan side dish macam whipped potato dan coleslaw agak fresh. Cuma parking kete yang jadi skit masalah kalau datang waktu peak kerana ruang parking yang terhad di samping di kelilingi oleh banyak restoran lain.
Overall harga dan performance agak balance tapi bukanlah restoran yang boleh datang setiap minggu untuk orang macam aku ni. So sesiapa yang penggemar daging nak datang menikmati steak yang disediakan oleh orang melayu kita, aku memang rekemen la ye (kalau tak
kena ngan taste korang sorry ye).

Alamat:
Menate Butcher Shop / Steak House
No, 16 Jalan Kolam Air Lama Satu
68000 Ampang Jaya
Selangor

Web:http:
//thebutchersyamille.webs.com/ atau http://www.facebook.com/pages/Menate-Steak-House/163534170355111

*Map ke tempat kejadian*

P/S- gambo ade 1 je sebab lupe bawak camera (tak sabo nak makan sebenarnye.)

Sarapan Pagi Di Mc Donald

Hari aku dapat satu iklan yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Set sarapan percuma dengan pembelian RM5 di Restoran Mc Donald. Tawaran ni sah sampai 31 March 2011 ni je. So sempat lagi 2, 3 hari ni. Print je foto kat bawah ni dan bawak skali mase beli. Set sarapan ni takde minuman so RM5 tu korang beli la ape-ape minuman kat McD tu.

*Sila click dan print iklan ini*

P/S : Aku pon tak sempat lagi nak cube lagi. Weekend asyik terlajak tido je.

Program Ijazah Luar Negara 2011

Kepada adik-adik yang dapat keputusan yang baik dalam SPM lepas, jangan lupa mencuba nasib untuk program ini. Mana lah tahu ada rezeki yang murah dapat la. Yang penting kita mencuba.

Program Ijazah Luar Negara 2011

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut -----------> IKLAN

P/S - Saje nak ingatkan kepada yang terlupa. Ada kes member yg cemerlang taktau da bukak tawaran sebab tak baca paper

Nostalgia di Jepun part 1: Hanami

Nota
Hanami = Tengok bunga

Pas setahun aku tinggalkan Jepun tetibe malam ni ada sikit feeling rindu life kat sane sebab tarikh 23 mac 5 tahun yang lepas adalah kali pertama jejak negara matahari terbit ni agaknye.hehe Kali ni aku nak cite skit pasal hanami ni. Kalau ikutkan mase aku mule-mule sampai Jepun ni aktiviti ni merupakan antara aktiviti pertama orang jepun yang aku kenal.Selama aku 4 tahun kat sana memang takkan penah miss aktiviti ni aku rase.

*tahun 2007 masih kurus*

*2007 jugak*
Pada orang jepun aktiviti ni ialah berkelah kat bawah pokok sakura yang tengah kembang mekar..bukan bunga harum sundal malam tau..hehe. Diorang slalu lepak berkelah kat bawah pokok sakura yang memang banyak kat taman-taman awam ni. Antara aktiviti yang diorang buat mase berkelah tu ialah barbeku sambil minum arak mabuk-mabuk dan jugak main ngan anak.

*2008 malam hari*

*begitu jua 2009*
Aktiviti ni memang tak kira siang atau malam dan makin hebat bila ujung minggu. memang kena booking tempat sehari sebelum  dan siap buat pagar sendiri lagi taknak kasik orang amik tempat. Kitorang orang malaysia slalu nya barbeku dan berkelah ala-ala mak ngah pegi port dickson je..takde la sampai mabuk-mabuk ni ye.hehe memang feeling abis la hanami ni bagi aku lebih-lebih lagi kalau pegi time separa luruh tu..memang jepun abis la orang cakap.hehe ni gambar setiap tahun hanami dari mule-mule sampai hinggalah aku siap grad dengan selamatnye (alamak..gamba mule-mule sampai takde sebab tak sempat beli kamera)  papepon memang enjoooy!

Scary Words

Tsunami: a cataclysm resulting from a destructive sea wave caused by an earthquake orvolcanic eruption.Sounds scary, doesn't it? The recent tsunami in Japan unfortunately fit this definition. The one in Pacifica didn't. The media hype about the tsunami that hit the West Coast of the United States made me think about the power of scary words. Earthquake, cancer, wildfire (not just fire), tumor,

Pasca Tsunami : Semakin Bertimbun

Tsunami dan gempa dah lebih seminggu melanda. Sekarang meja aku kat opis ni plak bakal dilanda tsunami sebab still banyak model delay. Komunikasi dengan HQ masih tak dapat lagi sebab HQ masih tak dapat bekalan elektrik, air dan telefon. So information pasal model-model yang delay ni masih samar-samar. Kalau da OK nanti komunikasi ni maka tsunami bakal melanda aku walaupun diramalkan tiada kehilangan nyawa mahupun harta benda yang berlaku.

Ujung minggu aritu aku aktiviti aku banyak di rumah je. Aku tertarik dengan satu video yang menunjukkan aktiviti nelayan jepun membunuh ikan lumba-lumba ataupun dolphin. Leh tengok kat link ni
l
l
V
http://www.facebook.com/video/video.php?v=197633213591554&oid=129735167087194&comments

Ada jugak la komen-komen yang kate memang patut diorang kene tsunami bagai sebab seksa binatang. Aku tak salahkan mereka komen macam tu. Bagi aku nelayan di sana bunuh dolphin ni sebab itu menjadi makanan mereka dan menda ni bukan majoriti bagi mereka . Kat sana mereka pon ade makan daging ikan paus tapi kuantitinya tak banyak la. Kita tak leh salahkan mereka 100% sebab mereka ni takda agama. Mase aku belajar dulu pun diorang ade gak persoal cara Islam sembelih binatang yang agak ektrim katanya. Aku cite la detail skit pasal putuskan urat merih ape bagai tu dan diorang leh paham.
*kredit to owner*

So bagi aku sebab utama diorang bunuh dolphin secara ektrim ni adalah takde pegangan agama. Korang setuju tak? Lebih baik kita tengok apa yang positif kat diorang masa lepas bencana ni seperti tak berebut masa beli makanan dan jugak takde yang ambil kesempatan curik, rompak kedai-kedai yang kene bencana. So tepuk dada tanya selera ye.
*beratur dan terus beratur*

P/S- Penah try daging paus dulu..rase macam makan daging lembu..hehe

PASTI ULTRAMAN AKAN MENANG JUA AKHIRNYA

Komik kontroversi akhbar Berita Harian akhirnya telah sampai ke Jepun.
Namun apa yang menghibakan hati saya tentang komen-komen yang boleh
dianggap sebagai amat cekal dan tabah daripada rakyat negara berkenaan
Mari kita lihat terjemahan berita tersebut yang dibuat oleh rakan saya
saudara Syazwan

Berita dipetik sumber:

http://headlines.yahoo.co.jp/hl?a=20110314-00000146-jij-int


#terjemahan dibuat sendiri oleh saya, jadi mungkin terdapat perbezaan terjemaahan

【クアラルンプール時事】14日付マレーシア紙ブリタ・ハリアンは、前日付紙面に掲載した東日本大震災に関する漫画が被災者への配慮を欠いていたとして、1面に謝罪記事を載せた。

KUALA LUMPUR, Malaysia – Akhbar Malaysia Berita Harian bertarikh 14hb, berkenaan paparan lukisan komik yang menyinggung mangsa Gempa Besar Timur Jepun yang disiarkan sehari sebelumnya, meyiarkan Permohonan Maaf di muka utama.

問題の漫画は、特撮ヒーローのウルトラマンが津波から慌てて逃げている構図。

Komik yang bermasalah berkenaan memaparkan superhero Ultraman melarikan diri dikejar tsunami.

同紙は謝罪記事で「からかう意図はなかった」などと釈明した。

Akhbar mohon maaf turut menulis dan menerangkan “tidak bertujuan mempersendakan”.

作者も謝罪するとしている。

Penulis akhbar turut meminta maaf.

漫画をめぐっては、与党議員から謝罪を求める声が上がるなど、マレーシア国内で批判が相次いでいた。

Terdapat gesaan meminta maaf daripada kerajaan dan rakyat, juga siri kritikan terhadap komik tersebut di seluruh Malaysia.





Antara komen pembaca Jepun di web

* こういった事に対して、批判の声が上がる国はまともだな

Terhadap perkara demikian, suara kritikan amat patut.

* 不謹慎な漫画だけど マレーシア国内で批判があがったのが 唯一の救い

Komik yang tidak sopan, suara kritik di Malaysia adalah penyelamat.

* 謝るのは当然のこと。

Memang sepatutnya meminta maaf

* バカにするな。人命に関わるのに不謹慎だ。

Tidak patut memperbodohkan perkara ini.Tidak sopan kerana melibatkan nyawa.

* 実物をみていないからなんともいえないが、構図がよろしくなかったんだろう。でも、批判がでるということは賢明な国だということだ。

Walaupun saya tidak melihatnya, ia adalah tidak patut. Tetapi mendapat kritikan dr rakyat menjadikan negara yang bijak.

* マレーシア国内で批判してくれてありがとう。こっちはそこまでリアクションする余裕がないので。

Terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi kritikan. Kami disini sibuk hingga tidak berkesempatan memberi reaksi seperti itu.

* でも、ウルトラマンは最後に必ず勝つ


Ultraman akan menang juga akhirnya!

* マレーシアの国民の皆さんが、日本のことを想ってこの件で批判してくれたこと、感謝したいです。

Kepada seluruh rakyat Malaysia, Terima kasih kerana sanggup memberi kritikan demi negara Jepun.

credit to saudara syazwan saedan mukhtar

P/S - Mungkin kita berasa lega terhadap reaksi positif rakyat Jepun, tapi bagi sesiapa yang ada pengalaman bersama mereka pasti ada yang tersirat jauh di ulu hati mereka dan hanya ada masa tertentu sahaja dapat mereka meluahkannya.

Keadaan selepas Gempa dan Tsunami di Jepun

Ini email daripada salah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun. Sekadar ingin berkongsi keadaan sebenar di sana.

Waalaikumsalam,

Saya Syafiq Fauzi Bin Kamarulzaman pelajar University of Tsukuba, di Tsukuba, Ibaraki. Kami sekarang dengan keadaan selamat di Tsukuba, cuma kebanyakan daripada kami masih lagi dalam keadaan trauma dari gempa kuat yang berlaku di Miyagi. Alhamdulillah, bekalan air, elektrik dan gas masih berjalan seperti biasa cuma kebanyakan pasaraya, stesen minyak dan "convinience store" telah kehabisan bekalan atau bekalan terhad. Keadaan pelajar Malaysia di sini adalah terkawal dan baik buat masa sekarang.

Buat masa ini, kami sedikit cemas apabila reaktor ketiga Fukishima daiichi meletup, kerana mengikut sumber tertentu, kesan radiasi mula dikesan di kawasan linkungan 100km dari tempat kami, ditambah pula reaktor ke-4 dikhuatiri terbakar. Mengikut amaran dari televisyen, kami tidak digalakkan keluar ( atau keluar dengan Mask dan basuh semua jacket kami selepas keluar).

Pada 11Mac yang lalu, sejurus selepas gempa, kami keputusan bekalan elektrik, air & signal telefon. Pada masa itu, saya berada di rumah. University kami mengarahkan evakuasi bagi beberapa kawasan hostel dan blok makmal akibat kekhuatiran kebocoran gas. Sesetengah pelajar Malaysia telah menginap di kawasan evakuasi (salah satu kampus universiti) yang masih ada bekalan elektrik dan selebihnya berkumpul dan bermalam di rumah pelajar tertentu dalam kesejukan malam tanpa bekalan air, elektrik atau gas. Kami yang masih trauma akibat gempa kuat bertambah cemas apabila gegaran susulan yang kuat berterusan setiap 10 hingga 20minit dalam 2 hari. Alhamdulillah, gegaran susulan berkurangan buat masa ini.

Saya meminta kerjasama rakyat Malaysia untuk tidak panik dan memperbesarkan situasi kami di sini kerana kerajaan jepun bertindak dengan effisyen dalam memastikan keselamatan penduduk. Kami juga terharu dengan sikap penduduk Jepun yang tenang, berdisiplin dan sentiasa teratur dalam menghadapi situasi ini. Kerajaan Jepun telah memastikan keselamatan dan kesan reaktor nuklear tersebut semasa pembinaan lagi dan saya sebagai pelajar kejuruteraan sangat kagum dengan ketahanan reaktor tersebut walaupun bencana yang menimpa lebih dari apa yang mereka sangkakan. Saya cuma berharap, kerajaan Malaysia prihatin dan peka dengan situasi penduduk di kawasan Touhoku dan Utara kantou agar tindakan susulan boleh diambil dengan pantas terhadap pelajar Malaysia di sini sekiranya keadaan bertambah buruk.

SFK

Master Student

Graduate School of System & Information Engineering

University of Tsukuba

Credit to atuk untuk email ni.

P/S : Harap ahli keluarga dan sanak-saudara mereka dapat bertenang dan doakan keselamatan mereka.

This is Ultraman's Country!

PERHATIAN : Tajuk ni bukan berniat untuk melawak atau mempersendakan bencana yang melanda negara mereka. Hanya sebagai iktibar kita sebagai rakyat Malaysia.

* 日本ってすごい

http://twitter.com/tksksks/statuses/46403815397801984

日 本って凄い。官僚も民間も、皆で助けようとしてる。トラックの運転手も有志で物資運んでるらしいし、東北の交通整備をヤクザさんがやってるという話も聞い た。最近、日本に対して誇りを持てないことが続いていたけれど、そんなことない。日本は凄い国だ。素直に感動してる。日本国の皆さん頑張ろう!

Japan is a wonderful nation!

Both the government and the people, everyone is helping one another today. There are truck drivers helping evacuees move. I even heard that the “yakuza” (gangsters, organized crime groups) are helping to direct traffic in the Tohoku region! There have been many recent developments that have made me lose my sense of pride in my country, but not anymore. Japan is an amazing place! I’m just simply touched. Go Japan!

* 御殿場で

http://twitter.com/Raaaaayuu/statuses/46392890313801728

実 際日本すごいよ。昨日信号が一カ所も機能していない御殿場市でもお互いにドライバー同士譲り合ってたし、地元のおじいちゃんおばあちゃんが手信号やってく れてたりで、混乱もなく本当感動した。9時間運転してたけど前車を煽るようなドライバーはもちろんいなかったし、みんな譲り合い精神。

Gotenba traffic

Japan is really something! Yesterday, not a single traffic light was functioning in Gotenba City. But drivers knew to take turns at intersections and give way to others when needed. Local people were using flags to direct traffic at intersections. I drove for 9 hours but never saw a single car trying to get in front of another. Every single driver on the road contributed to the traffic situation and as a result there was no confusion at all.

* 段ボールに感動

http://twitter.com/aquarius_rabbit/status/46213254376210432

ホームで待ちくたびれていたら、ホームレスの人達が寒いから敷けって段ボールをくれた。いつも私達は横目で流してるのに。あたたかいです。

Card board boxes, Thank you!

It was cold and I was getting very weary waiting forever for the train to come. Some homeless people saw me, gave me some of their own cardboard boxes and saying “you’ll be warmer if you sit on these!” I have always walked by homeless people pretending I didn’t see them, and yet here they were offering me warmth. Such warm people.

SUMBER: Twitter.com

dan banyak lagi....... source

P/S: Inilah yang orang cakap pasal negara ultraman tu. Sekurang-kurangnya 30 tahun lebih maju dalam peradaban. Shame on you for making this disaster a laughing stuff!!!!!


Kontroversi = Minta Maaf

*kredit kepada empunya gambar*

Semalam artikel dalam akhbar berita minggu telah mencetuskan kontroversi berkenaan tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun. Kartun yang memaparkan hero ciptaan negara matahari terbit itu yang gagal mempertahankan negaranya daripada bencana tsunami menunjukkan bahawa pihak berita harian seolah-olah mempermainkan bencana yang telah meragut nyawa ribuan nyawa penduduk negara Jepun. Sikap ini juga menunjukkan sikap tidak profesional akhbar itu dalam menjaga sensetiviti masyarakat.

Syabas juga kepada segelintir penduduk malaysia yang prihatin dengan perkara ini dan melancarkan petisyen mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab
akhbar berita harian tersebut. Saya ingin berkongsi video kesusahan penduduk mereka selepas bencana tersebut dan cuba kita nilaikan adakah wajar ia dijadikan lawak jenaka di kala mereka dalam kesusahan.



Saya juga ada membaca tentang laporan televisyen Jepun menyiarkan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dengan kejadian itu berkata sebegini kepada bapanya,

Si anak : やばいよ、学校へ逃げろう, でも宿題どうする?( tsunami menghala ke sekolah, tapi macam mana dengan kerja rumah?)
Bapa : 宿題のところじゃないよ (Sekarang bukan masa nak pikir pasal kerja sekolah)

Tetapi kita di sini menganggap perkara itu sebagai satu lawak jenaka.

Lagi satu yang saya kesali adalah komen orang yang dikataka wanita no 1 negara. Komen itu saya rasakan amat tidak sesuai pada ketika dan menunjukkan beliau tidak berfikiran panjang mengenai apa yang bakal berlaku pada jika bencana ini mengenai tepat pada hidung merka sendiri. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini biarlah anda semua menilainya sendiri.




Namun cukupkah dengan hanya permohonan maaf oleh akhbar terbabit? Marilah kita renungkan jikalau bencana terbabit melanda negara kita. Saya masih ingat ketika tragedi highland tower pada awal tahun 90-an dahulu. Negara matahari terbit itu merupakan salah sebuah negara yang terawal yang menghantar pasukan penyelamat ke negara kita untuk membantu pasukan bomba kita yang ketika itu serba-serbi kekurangan. Di harap pihak akhbar seharusnya peka dengan keadaan ini dan tidak hanya mengampu untuk sebelah pihak sahaja.

P/S- Sori emo sikit hari ini. Bagi aku, Jepun ni banyak beri influence jugak dalam hidup aku ni.

HURU-HARA=TERGENDALA

Hari ni dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda kepulauan utara Jepun dengan magnitud 8.8 pada skala ritchter. Gempa bumi berkenaan turut membawa bencana tsunami yang melanda pesisiran pantai timur negara matahari terbit itu dengan ketinggian di antara 2 hinnga 10 meter. Di harap rakan-rakan aku yang ada kat sana semua selamat hendaknye. Tempat aku belajar dulu alhamdulillah selamat kerana tempat tu di selatan Jepun so maybe arus tsunami pada ketinggian berskala 2 meter sahaja yang melanda pantai Kagoshima.



*sumber:CNN*


Huru-hara=tergendala ni sebenarnye melanda kilang aku tadi sebaik saje gempa bumi ni melanda. Yelah bos-bos Jepun aku kebanyakan berasal dari kawasan yang teruk terjejas. Huru-hara gak la diorang nak contact family masing-masing bertanyakan khabar berita.. GM minna bujininaruyouni (sume selamatla hendaknye)..hehe



*Tsunami*



Yang tergendala pulak penantian data untuk kerja aku yang aku tunggu sejak rabu lepas. Main factory aku ni kat Miyagi-prefecture salah satu kawasan yang paling teruk kena gempa. Tadi GM cakap mesin-mesin, komputer serta plant kat sana teruk terjejas. So data-data design sume tak dapat dihantar ke sini. Mule-mule aku rasa lega sebab ari ni kire free-time tapi bila pikir dateline untuk prototype semakin suntuk terpaksa la bekerja dengan tekanan pasni... Lebih-lebih lagi plant kat sini bakal kene support production plant Jepun maka aku terpaksela bersedia untuk bebanan kerja yang melampau minggu depan...(+_+)



P/S- Kepada member-member kat sana..semoga selamat wei. syukur zaman aku dulu takde seteruk camni.

Texting

How do you know when you're not spending enough time with your friends? When you end up texting back and forth on 3 different subjects at the same time! The other night our alarm went off at 1:30 in the morning. After stopping the sirens, and ensuring that it was a false alarm, I called the alarm company to cancel the police. I didn't realize that, since I didn't answer my phone (I thought it was

INFO TERKINI

Siaran langsung akan disiarkan seperti biasa la pulak. Untuk kepastian kita tunggu sahaja jam 2300 malam ni ye. [sumber: Facebook Astro Arena]

P/S - Poning den pasal siaran langsung ni. Sorry guys.

PEMBERITAHUAN (PAKISTAN VS MALAYSIA)

Dengan dukacitanya diumumkan siaran langsung perlawanan pra-olimpik 2012 antara skuad U23 Pakistan menentang skuad U23 Malaysia di Lahore yang dijadualkan pada jam 11 malam ini telah dibatalkan atas masalah teknikal yang melibatkan stesen penyiaran tempatan Pakistan. Sekian, terima kasih. [sumber: Astro Arena]



P/S: Walau apa terjadi ianya tidak melunturkan semangat penyokong Malaysia. Layan online score update jela nampaknye ye.

Pakistan vs Malaysia Kelayakan Olimpik 2012

*kredit to HMC*
Tanggal 9 Mac 2011 skuad Olimpik U23 Malaysia akan menentang skuad Olimpik U23 Pakistan bertempat di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan. Pastinya skuad Harimau Malaya akan diberikan tentangan sengit di atas padang mahupun provokasi yang melampau di luar padang. Semoga pengalaman menaiki kenderaan 'Barracuda' di Jakarta tempoh hari oleh sebahagian skuad terutama Kapten Pasukan merangkap penjaga gol utama Khairul Fahmi dapat memberikan motivati kepada pasukan di sana nanti. Oleh itu kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama memberikan sokongan di depan kaca televisyen tidak kira di mana anda berada.
Siaran Langsung perlawanan akan dibawakan oleh Astro Arena (confirm) pada jam 11 malam waktu Malaysia serta TV1(not confirm).

KESEBELASAN KEMUNGKINAN MALAYSIA:

Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Irfan Fazail, Ahmad Fakri Saarani.

O0oooooooooooooooOOOOOOOOooooooooooooOoooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Maaaaaaa........Layyyyyyyy.......SiiiiiiiiAAAA!!!!!!

Aksi Safee Sali Di ISL


Aku rasa belom terlewat lagi untuk aku highlight aksi Safee Sali di ISL pada sabtu lalu. Safee telah menjaringkan gol kemenangan pasukannya Pelita Jaya FC ketika menumpaskan kelab Sriwijaya FC dengan keputusan 1-0. Dengan jaringan yang penting itu telah memberikan nafas baru kepada pasukannya yang ketika ini merupakan penghuni tangga tercorot ISL. Saksikan aksi menarik Safee Sali ketika perlawanan itu dan juga kefanatikan penyokong Pelita Jaya FC. Aku harap penyokong di Malaysia pon boleh sampai tahap cam tu jugak...hehe VIVA 55!


*kredit to redenemzy*

p/s: teringat tengok game Liverpool vs Man Utd kat maple. Fan Man utd emo macam haram.

MSL vs BPL


Sekadar luahan rasa penyokong bolasepak tempatan

Malam tadi aku ke mamak bagi menikmati teh o panas sambil menonton perlawanan yang kononnya "Match of the week" iaitu di antara Chelsea dan Manchester United .Ini merupakan perlawanan kelab luar negara pertama yang aku tonton dalam masa sebulan. Amatlah terkejut diriku apabila melihat berduyun-duyun orang berada di kedai-kedai mamak bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Punya lahh bersemangat dan 'excited' muka masing-masing semasa perlawanan berlangsung di kaca tv. Ada yang menyorak , ada yang menjerit , ada yang melompat dan macam-macam lagi. 'Passion' supporters ni memang sangat tinggi rupanya. Ada yang siap bagi komentari dan memberi info tentang pemain dari kedua-dua belah pasukan. Aku sangat terkejut. Mereka ini sanggup bangun atau stay up di tengah-tengah pagi bagi menyaksikan perlawanan ini sedangkan keesokan harinya masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan iaitu pergi ke kelas dan juga pekerjaan.

Namun aku sedih kerana begitu ramai fanatik bola di negara ini , tetapi stadium di setiap negeri tetap kosong. Alangkah indahnya jikalau mereka ini dapat membawa 'passion' tersebut ke stadium bagi menyokong pasukan negeri masing-masing serta skuad kebangsaan. Kalau difikirkan , perlawanan di Malaysia berlangsung pada waktu petang atau malam , oleh hal yang demikian , tiada masalah untuk pergi ke stadium bagi menyaksikan perlawanan terutamanya jikalau anda tinggal berhampiran dengan stadium . Harga tiket juga tidaklah begitu mahal. Jikalau anda sanggup turun ke stadium tidak kira apa jua keadaan , barulah anda boleh digelar penyokong sejati ataupun lebih biasa dikenali sebagai "Die Hard Fan". Wajarkah anda menggelar diri anda penyokong sejati mana-mana kelab luar negara sedangkan anda hanya menonton di kaca tv ? Apakah sumbangan anda kepada kelab tersebut selain dari sanggup ke kedai mamak di tengah pagi bagi menonton perlawanan ? Bangkitlah wahai saudaraku. Sedarlah bahawa kita juga punyai kelab bola sepak dan pasukan kebangsaan. Aku malu untuk menyokong kelab luar negara secara berlebihan kerana nanti orang luar akan mempunyai 'mindset' yang buruk terhadap kita. Mereka akan berkata "Don't these Malaysians have their own team to support ?" sambil mereka ketawakan kita. Melalui experience aku sendiri , aku rasa berjuta kali lebih puas apabila hadir ke stadium bagi menyokong pasukan negeri dan negara tidak kira walau menang atau kalah. Aku tak kisah jikalau anda nak tengok perlawanan untuk melihat mutu bola sepak yang agak tinggi di luar negara terutamanya di negara eropah. Tapi aku pelik apabila melihat terlalu ramai yang taksub dengan pasukan luar negara seolah-olah pasukan tersebut merupakan pasukan tanah air mereka sendiri.

"IF YOU'RE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS , YOU HAD BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG"

credit to Mr. Syahir Aizat

P/S - Bukan nak komen peminat BPL..tapi pendapat aku sokong 100% pendapat saudara ni.

Hari Di Awangan

*kredit untuk KOSMO*

Arghhh...team negri kalah lagi semalam. Kali ni kalah di tangan skuad the red warrior dengan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke 4. Walaupon kalah aku tetap setia menyokong Skuad kobau. Hobin Jang Hobin.

Dapat berita dari waris-waris yang pergi ke Kota Bharu semalam bahawa mereka telah di provoke dengan hebatnye semalam. Setakat botol air, kuah keropok serta kata-kata kesat tu memang menjadi asam garam la kat SSM4 tu untuk fan away. Tapi syabas diucapkan kepada mereka kerana berani dan cekal untuk ke Kota Bharu.

Tahniah juga untuk fan-fan bertamadun The Red Warrior yang memohon maaf atas perbuatan rakan-rakan senegeri mereka melalui laman facebook atau laman twitter. Betul kata pepatah Dalam setandan pisang tak semuanya elok. Ada kaitan ke? Kah Kah Kah

Sedutan Perlawanan TRW vs. N9


*kredit to MZDIN for video*

p/s- akak ofis ore klate asik ejek aku je N9 kalah semalam..tahan je la..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website