Weekend ari tu aku dan si dia pegi jalan-jalan cari makan kat area Ampang. Tempat yang di tuju adalah me'nate steak house. Aku jumpe info pasal restoran ni kat RM.com. Pastu trus aku google pasal restoran ni. Bila tengok konsep restoran ni aku cukup tertarik sebab konsep dia macam steak house yang aku jumpa kat Japan dulu (yang membuatkan aku terliur tapi tak boleh masuk sebab haram). Paling aku impress sebab kedai ni ade jual wagyu halal (lembu jepun yang terkenal dengan cara bela yang cukup unik).
Range harga steak kat kedai ni berbeza mengikut jenis daging mengikut gred tertentu dan harga mengikut berat steak tu(sekeping dalam 200-300g). Pada aku boleh diketegorikan kepada 3 peringkat iaitu mewah, sederhana dan biasa.
Untuk peringkat mewah terdiri daripada daging wagyu dan angus. Range harga boleh cecah 3 angka jugak la. Mengikut tuan kedai ni, lembu wagyu dan angus ni dibela dengan teliti sekali seperti dibelai dan dibersihkan setiap hari serta didengarkan muzik bagi menghilangkan stress lembu tersebut. Oleh itu lemak dalam daging itu menjadi seperti marble dan harganya boleh mencecah 3 angka gak la. Mujurla ada potongan 50 percent untuk daging gred ni. Aku tak mampu nak makan steak gred ni sebab agak mahal untuk seorang buruh kasar kilang cam aku ni. Tunggu la aku jadi manager ke baru la boleh makan setahun sekali.
Peringkat sederhana ialah daging lembu yang diberi makan bijirin. Untuk daging gred ni agak biasa la dan lebih lembut jika dibandingkan dengan lembu yang makan rumput (orang kedai cakap kat aku la). Range harge dia lebih kurang steak house yang lainn seperti victoria station. Yang biasa ialah daging lembu yang makan rumput macam lembu yang biasa kat pasar tu agaknye ye. Daging gred ni lebih merah dan kurang lemak marble. Antara menu yang mampu milik kat restoran ni selain lamb.
Aku pilih yang sederhana sebab nak try rase ape yang bestnye lembu yang makan bijirin ni. Aku pilih medium rare sebab boleh menikmati daging lebih lagi. Tuan kedai cakap well done ni cara yang paling tak sihat untuk makan daging ni katanya. Aku yang da biasa makan menda yang mentah ni boleh je masuk. Kalau sesiapa yang tak biasa tu boleh nak muntah jugak kot kalau makan medium rare ni. Si dia pilih makan sandwich roast beef je sebab kurang gemar makan steak. Untuk minuman, jus dan minuman panas disediakan secara percuma tetapi kene habiskan, jika tak habis atau membazir akan dikenakan bayaran yang berpatutan.
Servis restoran ni aku boleh bagi A sebab amik order cepat dan amat peka dengan kehendak pelanggan. Untuk menu pulak memang cara masak steak tu agak pro dan side dish macam whipped potato dan coleslaw agak fresh. Cuma parking kete yang jadi skit masalah kalau datang waktu peak kerana ruang parking yang terhad di samping di kelilingi oleh banyak restoran lain.
Overall harga dan performance agak balance tapi bukanlah restoran yang boleh datang setiap minggu untuk orang macam aku ni. So sesiapa yang penggemar daging nak datang menikmati steak yang disediakan oleh orang melayu kita, aku memang rekemen la ye (kalau tak
kena ngan taste korang sorry ye).
Alamat:
Menate Butcher Shop / Steak House
No, 16 Jalan Kolam Air Lama Satu
68000 Ampang Jaya
Selangor
Web:http:
//thebutchersyamille.webs.com/ atau http://www.facebook.com/pages/Menate-Steak-House/163534170355111
P/S- gambo ade 1 je sebab lupe bawak camera (tak sabo nak makan sebenarnye.)
No comments:
Post a Comment