Nostalgia di Jepun part 1: Hanami

Nota
Hanami = Tengok bunga

Pas setahun aku tinggalkan Jepun tetibe malam ni ada sikit feeling rindu life kat sane sebab tarikh 23 mac 5 tahun yang lepas adalah kali pertama jejak negara matahari terbit ni agaknye.hehe Kali ni aku nak cite skit pasal hanami ni. Kalau ikutkan mase aku mule-mule sampai Jepun ni aktiviti ni merupakan antara aktiviti pertama orang jepun yang aku kenal.Selama aku 4 tahun kat sana memang takkan penah miss aktiviti ni aku rase.

*tahun 2007 masih kurus*

*2007 jugak*
Pada orang jepun aktiviti ni ialah berkelah kat bawah pokok sakura yang tengah kembang mekar..bukan bunga harum sundal malam tau..hehe. Diorang slalu lepak berkelah kat bawah pokok sakura yang memang banyak kat taman-taman awam ni. Antara aktiviti yang diorang buat mase berkelah tu ialah barbeku sambil minum arak mabuk-mabuk dan jugak main ngan anak.

*2008 malam hari*

*begitu jua 2009*
Aktiviti ni memang tak kira siang atau malam dan makin hebat bila ujung minggu. memang kena booking tempat sehari sebelum  dan siap buat pagar sendiri lagi taknak kasik orang amik tempat. Kitorang orang malaysia slalu nya barbeku dan berkelah ala-ala mak ngah pegi port dickson je..takde la sampai mabuk-mabuk ni ye.hehe memang feeling abis la hanami ni bagi aku lebih-lebih lagi kalau pegi time separa luruh tu..memang jepun abis la orang cakap.hehe ni gambar setiap tahun hanami dari mule-mule sampai hinggalah aku siap grad dengan selamatnye (alamak..gamba mule-mule sampai takde sebab tak sempat beli kamera)  papepon memang enjoooy!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website