Tips Untuk Raider Roda Dua

*gambar hiasan*

Aku yakin banyak di antara kita yang memilih motosikal sebagai kenderaan utama untuk kegunaan seharian tak kiralah golongan motor kapcai mahupun motor berkuasa tinggi tak terkecuali aku yang memilih motor kapcai sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja. Namun, disebabkan golongan raider ni merupakan yang paling kerdil di jalan raya, kita seperti tidak dihiraukan ketika di jalanraya. Aku mempunyai pengalaman ngeri bagaimana di himpit oleh kenderaan beroda 4 ketika di jalan raya. Mereka menukar laluan sesuka hati tanpa memberi isyarat yang sepatutnya. Susah sangat ke nak bagi signal? Agaknya nak jimatkan bateri untuk support earth hour agaknye.

Jadi disebabkan kita di pandang kecik oleh para pemandu si roda 4 ni sebaiknya kita perlu peka ketika me'raider' motorsikal ni. Bagi aku raider moto ni banyak persamaan dengan pilot kapal terbang. Kenapa aku cakap raider moto ni same ngan bawak kapal terbang? Benda yang aku rasa sama ialah tak boleh teragak-agak dalam buat keputusan serta kene peka dengan keadaan sekeliling.

Cakap pasal teragak-agak dalam buat keputusan ni apa yang akan agaknya berlaku kalau seorang pilot teragak-agak dalam buat keputusan dalam masa genting? Jawapannya tak syak lagi iaitu aircrash la kan. Sama jugak ngan meraider moto. Korang mesti selalu tengok moto mencelah semasa traffic jam kan? Mengikut aku punya pengamatan dan jugak pengalaman kalau seseorang raider itu yakin dan buat keputusan yang betul bila nak celah dan bila nak slow and steady ketika jem 90% kemalangan dapat dielakkan. Kejadian dihimpit oleh kenderaan beroda 4 atau melanggar cermin sisi mereka ni hanya berlaku bila sesorang teragak-agak serta timing yang kurang tepat ketika mencilok. Oleh itu jika sesiapa yang rasa agak teragak-agak ketika mencilok lebih baik jangan cuba dan memotong ketika btol-btol yakin sahaja ye.

Peka dengan keadaan sekeliling ni aku rasa benda yang agak common kalau bawak apa-apa kenderaan. Kalau raider ni cermin sisi aku rase menda yang paling penting. Bagi aku kecelakaan tu bukan hanya datang dari depan je tapi dari segenap arah. So cermin sisi ni memang selalu kene tengok. Kalau ternampak kenderaan lain dari belakang yang lain macam je boleh la bersedia nak elak ke nak lompat dari moto ke. Deria pendengaran yang tajam pun amat penting kalau terdengar bunyi yang mencurigakan seperti hon atau deruman enjin. So elakkan mendengar muzik ketika raider motor ni ye. Begitu jugak kalau ade lori or kereta yang emergency park kat bahu jalan. Kalau berangan je raider selalu melekat kat belakang kenderaan roda 4 ni. Memang ngeri dan tak dapat bayangkan kesakitannya. Paling aku pantang kalau ade kereta yang reverse kat lebuhraya kalau terlepas simpang. Aku penah jugak hampir-hampir menyapu kenderaan orang yang tak ada otak ni. So peka dengan keadaan sekeliling ni sebab berpunca daripada kebodohan orang lain boleh jadi penyebab utama.

Sebenarnye banyak lagi tips-tips untuk raider ni tapi bagi aku 2 elemen ni la yang paling penting. Sedih jugak bila aku raider pergi kerja terserempak dengan sekujur tubuh di atas jalan akibat kecelakaan jalanraya ni. Aku akui jugak ade segolongan yang raider secara melulu ni namun bak kate pepatah dalam setandan pisang pasti ada yang busuk (macam k.s.w la plak). Pape hal pon kepada raider-raider sekalian berhati-hati di jalan raya. Juga kepada pemandu beroda 4, buka-buka la skit ye mata anda. Kesian kami yang kerdil di jalan raya ni. Sama-sama
berhemah, sama-sama selamat.

P/S : Ada orang politik cakap pemandu perempuan antara penyumbang
utama eksiden. Bukan aku cakap, dia yang cakap. Jangan maraaa..hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website