Allahyarham Sudirman Hj Arshad - Genap 19 tahun - AL FATIHAH

*Masa menang di London*

Pada hari esok tanggal 22 Februari maka genap la 19 tahun pemergian Allahyarham. Aku pon tak tahu kenapa aku tiba-tiba buat entry pasal Allahyarham Sudirman ni.Rasenye sebab tengok channel HISTORY 555 Astro semalam kot.

Bagi aku la Allahyarham Sudirman ni merupakan seorang yang amat berbakat setanding dengan Allahyarham P.Ramlee walaupun karier dia sebagai penghibur tidak lama. Antara lagu Allahyarham yang masih menjadi siulan pada masa sekarang ni ialah lagu 'balik kampung' yang tak pernah tidak dimainkan semasa musim perayaan dan juga lagu '31 ogos' yang sering dimainkan ketika hari kebangsaan malaysia. Masa zaman sekolah dulu pon kalau ade kem motivasi ke lagu 'warisan' beliau selalu jugak berkumandang.

*Antara penampilan beliau*

Beliau juga artis malaysia yang berjaya menjadi penghibur no1 asia di royal albert hall london pada tahun 1989.Masa tu aku baru berumur 3 tahun dan mengerti lagi siapa dia Allahyarham Sudirman ketika itu. Semalam aku tengok die punye performance memang WOW la.Antara kejayaan terhebat yang aku rasakan dalam karier beliau adalah penganjuran konsert secara percuma kat jalan chow kit.Beliau pon memang ada lagu yang bertajuk 'chow kit road'. Ini menunjukkan beliau bukan seorang penghibur yang materialistik semata-mata tapi tampil memberikan persembahan yang WOW untuk peminat beliau yang tak mampu pergi konsert beliau.Cuba korang bayangkan 100000 orang membanjiri area chow kit yang memang dah sedia sesak dari dulu lagi tu.Tengok bola final AFF Cup pon tak sampai 100000 orang lagi.hehe

*Signature beliau*

Tapi Allah lebih menyayangi Allahyarham Sudirman.Pada tahun 1992 setelah 7 bulan menderita menghidapi penyakit misteri akhirnya Allahyarham Sudirman telah kembali ke rahmatullah. Malaysia telah kehilangan seorang yang berbakat besar dalam bidang hiburan.Marila kita sama-sama kita menghadiahkan Al Fathihah kepada Allahyarham dan berdoa agar beliau dirahmati Allah s.w.t.

p/s: Banyak info di cedok dari wiki dan berdasarkan dokumentari kat astro 555.kalo ade yang silap tu mintak maap banyak-banyak ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website