Keadaan selepas Gempa dan Tsunami di Jepun

Ini email daripada salah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun. Sekadar ingin berkongsi keadaan sebenar di sana.

Waalaikumsalam,

Saya Syafiq Fauzi Bin Kamarulzaman pelajar University of Tsukuba, di Tsukuba, Ibaraki. Kami sekarang dengan keadaan selamat di Tsukuba, cuma kebanyakan daripada kami masih lagi dalam keadaan trauma dari gempa kuat yang berlaku di Miyagi. Alhamdulillah, bekalan air, elektrik dan gas masih berjalan seperti biasa cuma kebanyakan pasaraya, stesen minyak dan "convinience store" telah kehabisan bekalan atau bekalan terhad. Keadaan pelajar Malaysia di sini adalah terkawal dan baik buat masa sekarang.

Buat masa ini, kami sedikit cemas apabila reaktor ketiga Fukishima daiichi meletup, kerana mengikut sumber tertentu, kesan radiasi mula dikesan di kawasan linkungan 100km dari tempat kami, ditambah pula reaktor ke-4 dikhuatiri terbakar. Mengikut amaran dari televisyen, kami tidak digalakkan keluar ( atau keluar dengan Mask dan basuh semua jacket kami selepas keluar).

Pada 11Mac yang lalu, sejurus selepas gempa, kami keputusan bekalan elektrik, air & signal telefon. Pada masa itu, saya berada di rumah. University kami mengarahkan evakuasi bagi beberapa kawasan hostel dan blok makmal akibat kekhuatiran kebocoran gas. Sesetengah pelajar Malaysia telah menginap di kawasan evakuasi (salah satu kampus universiti) yang masih ada bekalan elektrik dan selebihnya berkumpul dan bermalam di rumah pelajar tertentu dalam kesejukan malam tanpa bekalan air, elektrik atau gas. Kami yang masih trauma akibat gempa kuat bertambah cemas apabila gegaran susulan yang kuat berterusan setiap 10 hingga 20minit dalam 2 hari. Alhamdulillah, gegaran susulan berkurangan buat masa ini.

Saya meminta kerjasama rakyat Malaysia untuk tidak panik dan memperbesarkan situasi kami di sini kerana kerajaan jepun bertindak dengan effisyen dalam memastikan keselamatan penduduk. Kami juga terharu dengan sikap penduduk Jepun yang tenang, berdisiplin dan sentiasa teratur dalam menghadapi situasi ini. Kerajaan Jepun telah memastikan keselamatan dan kesan reaktor nuklear tersebut semasa pembinaan lagi dan saya sebagai pelajar kejuruteraan sangat kagum dengan ketahanan reaktor tersebut walaupun bencana yang menimpa lebih dari apa yang mereka sangkakan. Saya cuma berharap, kerajaan Malaysia prihatin dan peka dengan situasi penduduk di kawasan Touhoku dan Utara kantou agar tindakan susulan boleh diambil dengan pantas terhadap pelajar Malaysia di sini sekiranya keadaan bertambah buruk.

SFK

Master Student

Graduate School of System & Information Engineering

University of Tsukuba

Credit to atuk untuk email ni.

P/S : Harap ahli keluarga dan sanak-saudara mereka dapat bertenang dan doakan keselamatan mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website