MSL vs BPL


Sekadar luahan rasa penyokong bolasepak tempatan

Malam tadi aku ke mamak bagi menikmati teh o panas sambil menonton perlawanan yang kononnya "Match of the week" iaitu di antara Chelsea dan Manchester United .Ini merupakan perlawanan kelab luar negara pertama yang aku tonton dalam masa sebulan. Amatlah terkejut diriku apabila melihat berduyun-duyun orang berada di kedai-kedai mamak bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Punya lahh bersemangat dan 'excited' muka masing-masing semasa perlawanan berlangsung di kaca tv. Ada yang menyorak , ada yang menjerit , ada yang melompat dan macam-macam lagi. 'Passion' supporters ni memang sangat tinggi rupanya. Ada yang siap bagi komentari dan memberi info tentang pemain dari kedua-dua belah pasukan. Aku sangat terkejut. Mereka ini sanggup bangun atau stay up di tengah-tengah pagi bagi menyaksikan perlawanan ini sedangkan keesokan harinya masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan iaitu pergi ke kelas dan juga pekerjaan.

Namun aku sedih kerana begitu ramai fanatik bola di negara ini , tetapi stadium di setiap negeri tetap kosong. Alangkah indahnya jikalau mereka ini dapat membawa 'passion' tersebut ke stadium bagi menyokong pasukan negeri masing-masing serta skuad kebangsaan. Kalau difikirkan , perlawanan di Malaysia berlangsung pada waktu petang atau malam , oleh hal yang demikian , tiada masalah untuk pergi ke stadium bagi menyaksikan perlawanan terutamanya jikalau anda tinggal berhampiran dengan stadium . Harga tiket juga tidaklah begitu mahal. Jikalau anda sanggup turun ke stadium tidak kira apa jua keadaan , barulah anda boleh digelar penyokong sejati ataupun lebih biasa dikenali sebagai "Die Hard Fan". Wajarkah anda menggelar diri anda penyokong sejati mana-mana kelab luar negara sedangkan anda hanya menonton di kaca tv ? Apakah sumbangan anda kepada kelab tersebut selain dari sanggup ke kedai mamak di tengah pagi bagi menonton perlawanan ? Bangkitlah wahai saudaraku. Sedarlah bahawa kita juga punyai kelab bola sepak dan pasukan kebangsaan. Aku malu untuk menyokong kelab luar negara secara berlebihan kerana nanti orang luar akan mempunyai 'mindset' yang buruk terhadap kita. Mereka akan berkata "Don't these Malaysians have their own team to support ?" sambil mereka ketawakan kita. Melalui experience aku sendiri , aku rasa berjuta kali lebih puas apabila hadir ke stadium bagi menyokong pasukan negeri dan negara tidak kira walau menang atau kalah. Aku tak kisah jikalau anda nak tengok perlawanan untuk melihat mutu bola sepak yang agak tinggi di luar negara terutamanya di negara eropah. Tapi aku pelik apabila melihat terlalu ramai yang taksub dengan pasukan luar negara seolah-olah pasukan tersebut merupakan pasukan tanah air mereka sendiri.

"IF YOU'RE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS , YOU HAD BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG"

credit to Mr. Syahir Aizat

P/S - Bukan nak komen peminat BPL..tapi pendapat aku sokong 100% pendapat saudara ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...