Kepala vs. Buntut, korang mana dulu?

Perhatian : Ini Bukan entry lucah

Hari ni aku nak cite skit pasal kepala vs. buntut.. Tapi sebelum tu aku nak terangkan kepala vs. buntut ni adalah untuk cara korang parking kereta tak kira la kat shopping complex punya carpark ataupun mana-mana carpark yang ada kat Malaysia ni ni..hehe Parking kepala dulu ni ialah parking dengan bahagian depan kereta dulu masuk tempat parking tu. Manakala parking buntut dulu ialah parking secara mengundur dan bahagian belakang kereta yang masuk dulu parking lot.

Mase aku mula-mula bawak kereta aku memang suka parking kepala dulu kerana cara ini lebih cepat dan menjimatkan masa tanpa menggunakan skill-skill yang tertentu. Tapi antara kekurangan cara parking ni kemungkinan untuk parking secara senget agak tinggi ( betul ke? Ni pengalaman aku la ye...hehe)

*Parking kepala*
Namun semasa aku bertapa kat Jepun selama 4 tahun, rakyat negara itu lebih gemar parking buntut dulu. Aku try tanye diorang kenapa tak parking kepala dulu sebab cara tu lebih mudah dan cepat. Diorang menjawab secara angkuhnya parking buntut dulu lebih bagus kerana lebih mudah bila mau blah dari parking nanti bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Alangkah terkejutnya aku bila dengar diorang cakap macam tu....( ok yang ni aku tipu..hehe) Sejak dari itu aku mempraktikkan parking buntut dulu.. Mula-mula memang leceh tapi bak kata pepatah orang putih plak 'Practice make perfect'. Aku berjaya menguasai skil tersebut dengan jayanya.

*Parking buntut*
Bila aku balik Malaysia aku trus meneruskan parking buntut dulu ni. Ada jugak la peristiwa kelakor ketika parking cara ni. Yela untuk parking cara ni mesti la kene melewati parking lot yang kita nak parking tu kan...Tapi ada pulak satu mamat yang ikut blakang aku nak berebut parking tu dan claim aku da terlepas parking lot tu WTF....memang kampung abis la mamat tu wa cakap sama lu...So apa pilihan korang semua? Kepala atau Buntut?

P/S - Parking side memang aku fail dari dulu sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Earn Money With Your Website